PROFIL



SMKTSI

LOGO SEKOLAH



VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI SEKOLAH



MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI

PENDIDIKAN BERKUALITI

SEJARAH SEKOLAH


SMK Tunku Syed Idrus yang sebelum ini dikenali sebagai SMK Tampin telah ditubuhkan pada tahun 1977.  Tanggal 1 Julai 1977 seramai 654 orang pelajar dan24 orang guru yang diketuai oleh Tuan Pengetua yang pertama iaitu En. Zainal Abidin Bin Abdul Majid telah berjalan sejauh satu km ke sekolah baru yang menjadi asas kepada warga SMKTSI. Pada peringkat awal SMKTSI hanya mempunyai 2 blok bangunan dua tingkat yang terdiri dari 10 bilik darjah, 2 makmal sains, 2 bilik ekonomi rumah tangga dan sebuah pejabat sekolah selain dari kantin. Akibat kekurangan kelas, "kelas terapung" terpaksa diadakan.Pentadbir-pentadbir yang berwibawa dan berkepimpinan tinggi seperti En. Zainal Abidin Hj. Abdul Majid, En. Mohd Harun, En. Zahidin Hj. Sidek, En. Zain Ariffin, Tuan Hj.Othman Bin Hj. Ismail, Tuan Hj Ibrahim Bin Yon, Pn. Ong Peck Bee, Pn. Saleha Bt Sharif, dan Pn Hjh Fauziah Bt Harun telah mencetus pelbagai idea dan kaedah untuk memajukan SMKTSI dari segi pembangunan fizikal, prestasi akademik dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum.Tidak boleh dilupakan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang merupakan pendorong utama dalam penyediaan SMKTSI ke arah Sekolah Bestari dan kecemerlangan akademik. Keunggulan dan kesohoran SMKTSI perlu terus diwar-warkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...